Tuesday, 15 March 2011

Tiga Perkara Asas Mengenai Camera...

Didalam mencari gambar yang terbaik kita perlu belajar mengenai tiga perkara asas didalam DSLR itu sendiri.Tiga perkara utama tersebut ialah Shutter Speed,Aperture Dan ISO.

1.Shutter speed:Bermaksud bukaan shutter pada kadar masa tertentu.Semakin lama shutter terbuka semakin banyak cahaya yang diperoleh oleh sensor dan begitu jugalah sebaliknya.Melalui shutter speed yang perlahan kita mampu membuat teknik imej menarik seperti light trail,star trail dan art yang menarik seperti light grafitti.Namun harus diingat bahawa shutter speed yang perlahan tidak sesuai untuk merakam objek yang bergerak seperti haiwan dan manusia...


2.Apperture.Bermaksud bukaan bilah bagi lens..Semakin besar bukaan apperture semakin kecil nilainya cth:(f1.8 dan f2) dan semakin kecil bukaan apperture semakin besar nilai apperture itu cth:(f22,f28).Untuk memudahkan pemahaman cuba bayangkan pupil mata kita ini,apabila cahaya gelap bermaksud anak mata kita akan membesar untuk membolehkan cahaya masuk kedalam mata dan begitu juga sebaliknya jika keadaan yang silau pupil mata kita akan mengecil supaya dapat menghalang cahaya berlebihan tersebut.Perkara yang membezakan antara mata kita dengan apperture ialah kepantasan mata kita itu sendiri yang mampu mengawal secara automatik pupil mata kita untuk menyesuaikan keaadaan cahaya persekitaran.Sila lihat gambar dibawah sebagai rujukan...




3.ISO:Pada satu ketika dahulu ISO dikenali sebagai ASA.ISO boleh dianggap sebagai kesensitifan cahaya melalui sensor.Semakin tinggi ISO semakin kurang cahaya yang diperlukan oleh ISO.Disini bolehlah dikatakan bahawa melalui peningkatan ISO mampu menjadikan nilai aperture boleh dibesarkan dan kelajuan shutter boleh ditinggikan..Tapi perlu dingat bahawa ISO yang terlampau tinggi akan menghasilkan noise(bintik-bintik seperti kemerahan)Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada jenis DSLR yang digunakan sekiranya anda mengunakan DSLR berkemampuan tinggi atau senang cerita body full frame seperti Nikon D3s atau Canon 1D tidak perlulah nak dikhuatiri akan kehadiran noise sebab gear yang sebegini memang dicipta dengan kemampuan ISO yang tinggi...


Tiga benda basic ini amat perlu untuk merakamkan gambar yang baik..Di dalam entry seterusnya saya akan menerangkan hubungan diantara Shutter speed,Apperture dan ISO untuk menghasilkan gambar yang mempunyai bokeh,gambar yang 'still' dan setting-setting tertentu untuk mendapatkan langit biru dengan hanya memahami kaitan diatara 3  benda asas ini..

 Subscribe in a reader

12 comments:

Edy Zaidi said...

good info..:)

regreatnosoul said...

thanks.anyway kita bolehla berkongsi sebarang idea..minat photgraphy jugak kan.Photgraphy is great right??

Anggerik Berduri said...

baru boleh comment..suka nya..eh jap, I stil xdpt nk memahami ur tutorial lah..seyes..maybe u kne tunjuk praktical kot..kdang² teori ni xbrape membantu..sorry ya I mmg 0 ttg DSLR..tau petik amek gmbar je..lbih mmg xpandai

regreatnosoul said...

tunjuk praktikal macam mane ek????nak kene buat video kah??

Anggerik Berduri said...

hahahaha video?good Idea..wakaka

regreatnosoul said...

akan dipertimbangkan cik angerik.but I seganla....wahaha.btw which part yang you xfaham???

Anggerik Berduri said...

segan?for what..tunjuk camera bkan tunjuk muka.aharks hmm I xpndai pkai manual..tp teringin..slalu gne auto je..tp xfeel..ape gne ade DSLR tp pkai auto function kan?huhuhuhu

regreatnosoul said...

xpelah anggerik you try blajar manual book dulu...dah faham pasal gear you mesti you akan faham benda lain jugak..

Anggerik Berduri said...

I malas nk bace..byk bnda I nk bwat..sbb tu I ska practical..LOL

Rif Download said...

thnx for the info :)

regreatnosoul said...

@Rif Download You are welcome,my pleasure to share the info..wee

umust_die said...

salam..sy nk nk tnye bkenaan dengan aperture.sy pkai nikon d3100.mcm mne sy nk adjust aperture nye ye?? sy dah blja skit dlm user manual tp stil xdpt nk adjust aperture.x tahu mne yg silap.harap dapt membantu.tq