Sunday, 31 March 2013

Hebatnya Kuasa Dia...-hanyalah Khayalan semata-

Hari ni lepas Regreat mengulangkaji subject untuk paper law,Regreat tengok tv.Bila dah lepas iklan kat tv tu adalah cerita anime yang agak best dan menghiburkan bagi Regreat.Pada masa yang sama Regreat terfikir apa kesannya pada kanak-kanak yag menonton.Regreat bukan apa bila Regreat tengok je anime tu teringat dekat anak-anak buah regreat yang still tadika tu.Begitu kuatnya pengaruh anime sampai dia kata hebatnya dia,powernya dia!! Adik nak jadi macam dia.Dari perkataan dia mungkin kita akan kata ahh tu imaginasi kanak-kanak yang seusia mereka..Tapi cuba fikirkan media tempatan kita terlalu banyak menyuapkan cerita-cerita yang berkaitan fiksyen daripada cerita yang non-fiksyen.Bagi regreat cerita rekaan ni mungkin bagus untuk imiginasi kanak-kanak.Tapi,kalau dah sampai tahap dimana seorang budak berfikir mereka mempunyai kuasa yang hebat seperti dalam anime tu bukanla satu benda yang baik.Regreat bukan apa daripada kita sajikan slot rancangan yang berbentuk kartun ni lagi baikla disuapkan kanak-kanak tu dengan rancangan ilmiah yang yang sesuai dengan minda anak-anak tu.Biarlah banyak rancangan ilmiah dari kartun.Cubalah korang lihat sendiri pada hari sabtu dan ahad start je pukul 8am sampai tengahari..semuanya rancangan berbentuk kartun..Sepatutnya diperbanyakkan rancangan yang boleh mengembangkan pemikiran kanak-kanak tu yang boleh meningkatkan tahap logik mereka.Regreat tak nafikan budak-budak sekarang ni kebanyakan cerdik dan pintar berbanding budak dulu tapi diorang dah jadi macam robot dimana time weekend je bagi mereka adalah hari cuti and watching kartun the whole day.Tak boleh begitu...huhu..tapi bagaimanapun ni hanya pendapat peribadi Regreat.Regreat tak nak satu hari nanti budak-budak kita tau nama-nama anime nama watak kartun.tapi tak tau nama-nama tokoh-tokoh Islam tak tau Nama-nama Rasulullah.okla mau sambung study balik...(-U-)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Read more...

Saturday, 30 March 2013

10 Kamera Termahal Di Dunia

10.-Nikon D4 Price: $6,000.00

  • 10/11 frames per second continuous shooting in FX-format for up to 150 frames

Read more...

Thursday, 28 March 2013

Fakta Menarik Tentang Air


- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendekapatah lagi jangka panjang.


- Liputan ais di Antartika ( daerah Kutub Selatan) dan Artik ( daerah Kutub Utara ) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.


- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya .


- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


- Ais amat diperlukan mana – mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka – sangka.


- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut
seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan .


- Air Sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam .



Read more...

Wednesday, 27 March 2013

Seminar Buat Duit Dengan Blog

Pada hari ini Regreat nak berkongsi tentang satu seminar mengenai buat duit dengan blog anjuran Denaihati Network...Melalu seminar ni korang akan bertemu dengan blogger-blogger top malaysia.Hehe...ok maklumat lanjut seperti berikut yer:

Read more...

Jangan Terlalu Bergantung

      Entry hari ni mungkin agak menjengkelkan bagi sesetengah orang.Tapi ReGreat tulis ni sebab Regreat nak ingatkan diri Regreat ni yang penuh khilaf ni...kenapala sesetengah orang ni suka sangat berharap pertolongan orang...Cubalah jadi independent.Regreat rasa terkilan dengan beberapa kenalan regreat yang regreat kurang senang dengan cara mereka...Suka sangat pinjam barang regreat..pinjam motorla mintak tolong tula mintak ni la..aih...menjengkelkan rasanya.Paling terkilan pasal motor..janganla sampai menyusahkan Regreat..ni bila regreat nak keluar kemana-mana dah menyusahkan regreat.pastu minyak moto tak reti ke nak isi.Minyak tu tak kesah sangatla.tapi kalau sampai menjahanamkan motor payahla.Aih!!!...Regreat bukan kedekut..tak salah nak pinjam tapi jangan sampai menyusahkan tuan punya barang.Regreat ni student, income pun tarak.Cubalah jangan selalu meminta berusaha untuk cari alternatif lain.fikir sikit bukan semua orang kaya..Regreat dari kecil parent dah ajar.jangan senang-senang nak minta tolong dengan orang.Ibu selalu pesan biar kita susah tapi jangan sampai kita menyusahkan orang.Usaha sendiri!!!..Tolong tu tolong juga tapi kenala ada effort untuk buat sesuatu tu..betul tak??malas nak cakap lebih.sebab kalau regreat berkata nanti sakit hati.Tak suka nak sakitkan hati orang ni..tapi mungkin sebab fikir hati diorangla Regreat ambil aproach berdiam diri.Belajarlah hidup bersusah sikit jangan sikit-sikit nak minta tolong orang,Belajar untuk cari alternatif sendiri.Ini bukan sebab mengatakan regreat berkira.Tapi cuba fikir kesusahan orang lain juga.Dalam Islam pun selalu pesan jangan mudah untuk meminta-minta.So kawan-kawan yang bergelar student.Jangan mudah sangat nak meminta pertolongan orang.Sekali dua boleh dikatakan tolong,Kalau selalu tu bukan minta tolong tapi tu dah jadi parasit.Kalau begini cara kita sampai bila pun kita tak akan maju.Bergantung harap tanpa melakukan apa-apa usaha sesuatu yang memalukan..Malas nak tulis panjang-panjang sendiri boleh fikir mana baik mana buruk.


P/s: hati orang kita fikir hati kita tak ada sape yang nak jaga
(-n-)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Read more...

KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' aR-RASYIDIN




Sayyidina. Abu Bakar r.a. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.



Sayyidina Umar Al Khattab Rha. berkata :

Read more...

Tuesday, 26 March 2013

Pengalaman Inspektor Mohamad Hasnal Jamil di Lahad Datu

PUTRAJAYA: Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

Read more...

Graffiti Bukan Seni Terlarang



Read more...

Jangan Buruk Sangka

Kali ni Regreat nak menyentuh pasal buruk sangka...Kita sebagai masyarakat Melayu memang tak lari dari bersangka buruk..Huhu..bukan apa Regreat rasa sedih tengok orang Melayu kita ni yang acapkali seronok menyelak keaiban orang.

Read more...

Monday, 25 March 2013

Beza Lelaki Dan Perempuan(-.-)

Apakah perbezaan lelaki dan perempuan melalui gambar tersebut...Cer tengok-cer tengok:

Read more...

New Leica M-Price and Specification-


Hardware

Camera type
Mirrorless / Interchangeable Lens
Width
5.5 inches
Height
1.7 inches

Read more...

Sunday, 24 March 2013

Persediaan Menjelang Final Exam(-n-)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...pada hari ahad yang penuh kesunyian sewaktu study week ni semuanya kelihatan blur bagi Regreat..Al-maklumla xlame lagi final exam...hehe...berdebor rasanye ni...yelakan sem ni banyak betul subjek menghafal nih..oohhh..frankly speak buku jadi teman rapat Regreat la skrang nih..huuu..Nak cite ni apa yang Regreat akan buat sewaktu final exam makin hampir ni...Selalunya Regreat akan buat dua benda...dan benda ni Regreat memang jaga.Pertama pemakanan kedua masa study regreat...

Ok,sekarang Regreat nak sentuh pasal pemakanan...korang janganla makan benda tidak-tidak tu...macam junk food a.k.a jajan tu...tak mau sebutla jenama apa yang berlambak dipasaran tu..Kurangkanla pengambilan makanan tu ye...banyakkanlah pengambilan makanan berasaskan ikan ye...apa-apa aje yang berkait dengan ikan.ikan patin masak tempoyak ke,keropok ikan ke,keropok lekor ke,apa2 ajela yang berasaskan ikan.Sebab apa kena makan ini..yela ikan kan tinggi omega yang baik.kalau dah muak benor makan ikan tu makanla supplement seperti minyak ikan kod macam dalam gambar tu...

Read more...

Saturday, 23 March 2013

Apa saya beli dengan baucar buku...



Haa tu dia....antara barang-barang yang Regreat beli menggunakan baucar buku tu...Thanks too kerajaan sebab concern dengan rakyat Malaysia yang bergelar  mahasiswa ni...Banyak benda boleh beli guna baucar buku ni...tu baru sikit tu...Banyak lagi ada.Regreat rasa puas sangat hati..Yela kan daripada membazir beli hardisk sebijik dengan nilai tebusan RM200!!!.Sungguh tak berbaloi...Rata-rata jawapan kepada soalan-soalan yang regreat ajukan pada kawan-kawan regreat yang beli Hardisk tu jawabnya aku nak simpan cerita korea la,movie orang putihla,huhu..cubala manfaatkan duit tu..Kerajaan Pusat bagi baucar buku tu untuk tambah ilmu,beli buku or alat tulis untuk Mahasiswa dan Mahasiswi kita belajar bukan beli benda tak bermanfaat untuk tambah ilmu kita sebagai seorang Mahasiswa ni.Mungkin sebab tu la kebanyakan rakyat Malaysia ni Tak Suka Baca Buku!!!Adoyaiiii(-n-)
Read more...

Cooling Pad untuk penjagaan laptop anda.

Tanpa cooling pad yang bagus.motherboard laptop anda berkemungkinan akan rosak kerana overheating.Regreat saja nak sentuh pasal cooling pad ni bukan apa.Ramai orang yang tak ambil perhatian dengan penjagaan laptop ni.Member perempuan ReGreat kebanyakannya suka sangat bila on je lappy diaorang terus letak kat atas katil.Tak letak dengan apa-apa benda yang keras sebagai lapik.Jadi bila lappy dah dok terletak je atas tilam tu.So udara panas tak lepas nak keluarla.Pastu bila overheat selalunya laptop akan padam sebagai safety kepada motherboard.Pemilihan cooling pad perlulah bersesuaian.sebagai contoh lubang ventilation tu sepatutnya mesti berada hampir dengan kipas cooling pad tu..supaya udara panas boleh disedut keluar melalui kipas tersebut.Sebab tu jangan gatai tutup lubang udara tu.bagi regreat jenama cooling pad yang berkualiti adalah Cooler Master..memangla harga die lebih sikit tapi bagus. Cooling pad ni regreat dah lama dah pakai.Regreat suka cooling pad ni sebab putaran kipas kuat and material dia diperbuat dari aluminium dan plastik.Jadi penyerapan haba dari laptop lebih cepat.Regreat beli cooling pad ni pada harga Rm 60...So bagi yang belum beli cooling pad tu silala beli.Sebab coling pad ni untuk memanjangkan hayat lappy kita.Tak apalah keluar modal sikit tapi laptop kita tak problem..Betul tak???(-u-) 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

hehe saje try pakai blackberry untuk post entry nih...
Read more...
Tahukah anda?


Tahukah anda nama Canon ini diambil dari nama Dewi Guanyin? You know the goddess in the Wukong The Monkey God tv show on NTV7 years ago? Dalam bahasa Jepun, Dewi Guanyin dipanggil Dewi Kwanon. Syarikat yang menghasilkan kamera Kwanon ditubuhkan oleh Yoshida Gorō dan Uchida Saburō pada November 1933. Syarikat mereka pada ketika itu dikenali sebagai Seiki Kōgaku Kenkyūjo atau dalam bahasa inggerisnya Precision Optics Laboratory. Pada tahun 1934 Precision Optics Laboratory menghasilkan kamera pertama mereka yang berjenama Kwanon. Ianya sebuah kamera 35mm yang dihasilkan bagi melawan kamera Leica Model II yang pada ketika itu dianggap kamera paling awesome dipasaran


Ada sebab mengapa Yoshida Goro menghasilkan kamera Kwanon bersama Uchida Saburō yang merupakan abang ipar beliau. Pada ketika itu harga sebuah Lecia Model II ialah 420 Yen. Ini pada pendapat Yoshida Gorō adalah terlalu mahal kerana gaji paling mahal seorang warga Jepun pada ketika itu ialah 70 Yen sebulan!

Mengikut cerita, sekitar 1920-an Yoshida Gorō pergi ke Shanghai bagi mendapatkan bahan ganti untuk sebuah projektor.

Read more...

Fakta Tentang Mata

 Semua orang akan perlukan kacamata untuk membaca ketika mereka mulai menua

Jika anda sedang membaca artikel ini dan berumur di bawah 40 tahun dengan jarak penglihatan sempurna, saya dapat mengatakan dengan (kepastian yang mutlak) bahwa Anda akan memerlukan kacamata untuk membaca di beberapa titik di masa depan. 99% penduduk dunia akan membutuhkan kacamata baca pada usia antara 43-50 tahun. Hal ini karena perlahan mata mulai kehilangan kemampuan fokusnya seiring bertambahnya usia. Ketika kita melihat benda-benda di sekitar kita, lensa kita berubah dari bentuk flat

Read more...

Fakta tentang bahasa

15 fakta tentang bahasa di seluruh dunia, diantaranya :
1.Kata berita atau “News” dalam bahasa Inggeris sebenarnya adalah singkatan keempat mata angin North (utara,) East (Timur,) West (Barat,) dan South (Selatan.)

2.Dewa berhala “Beelzebub” adalah bahasa Yunani untuk “Raja Lalat.”

3. Nama “Canada” berasal dari bahasa Indian yg bererti “Desa yang Besar.”

4. Dibandingkan Amerika Syarikat, jumlah warga yang boleh berbahasa Inggris di China  lebih banyak.tp yela kan rakyat die je dah 1/4 populasi dunia.

5. Merk krayon “Crayola” dalam bahasa Prancis berarti “Kapur Berminyak.”

Read more...

Friday, 22 March 2013

Lahad Datu

Dah terlalu lama blog ni berhabuk begitu saja. Regreat pun dah tak ada masa nk update blog ni. Sibuk dengan assignment sampai lupa nak berblogging. Walauapapun isu-isu semasa Regreat still ambil port...Bagi pejuang2 Malaysia yang menjaga keamanan Negara kami rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik.Bagi perwira yang terkorban didalam pertempuran di Lahad Datu jasamu sentiasa dikenang.Regreat simpati dengan kehilangan anggota keselamatan negara kita.Mana taknya anak kehilangan ayah,Isteri kehilangan suami,Ibu bapa kehilangan anak.Itu semua sesuatu yang amat memeritkan.Kita yang memandang hanya mampu bersimpati.Apa yang kita boleh buat hanya menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan juga bagi kita yang beragama Islam berdoa utuk mereka.Walauapapun kita sebagai rakyat Malaysia tak kira tua atau muda apa sekalipun fahaman kita agama kita keturunan kita.Bersamalah kita bersatu dalam mempertahankan kedaulatan negara kita.Jangan biar orang luar fikir kita ni tak bersatu..Tu je nak cakap...


P/s:Nk jadi bangsa berjaya bukan datang dari kemajuan teknologi dan ekonomi saja tapi kena seimbang dari segi perpaduan juga:) hehe...cume pandangan dua posen saya...

Read more...