Tuesday, 26 March 2013

Graffiti Bukan Seni Terlarang





Haaa cool tak gambar-gambar kat atas tu..Berkenan tengok graffiti ni..Disebabkan blog ini didedikasikan untuk seni jadi Regreat nak menyentuh mengenai Graffiti...Ooohhh..bagi regreat ini adalah satu cabang seni yang regreat sangat suka.Regreat suka tengok orang guna spray cat and start melukis di dinding.Ada juga niat nak mencuba tapi takut pulok kena tangkap dengan pihak berkuasa sebab merosakkan harta benda awam.Mungkinla orang cakap graffiti main conteng perkataan tak elok dekat dinding tu boleh dikatakan vandalisme.Tapi bagi yang mempunyai nilai artistik yang cantik tu adakah dikatakan vandalisme??.Bagi Regreat penggiat Graffiti ni tak mempunyai medium yang betul.Bila tak ada medium yang betul untuk dioraNg ni mulala menghasilkan seni mereka di tempat yang salah.Lagi satu yang jadi salahnya tu tulis perkataan and lukis gambar yang tak berapa nak senonoh..huuu.Regreat pernah naik monorail time nak pergi kl sentral.sebelum sampai satu stesen ni,Regreat terlihat dekat kawasan sungai tu dindingnya dipenuhi graffiti yang cool and menarik...Bagi Regreat tak salah selagi kena tempatnya.Lagi satu daripada budak-budak melayu kita ni merempit mati katak baik join benda begini..tapi berpadalah kan..biarla benda yang elok and bernilai artistik yang positif.Pihak kerajaan terutamanya menteri seni dan kebudayaan tu..apa kata pihak gomen ni anjurkan pertandingan setiap tahun diperingkat antarabangsa.Supaya secara tak langsung boleh juga tunjuk bakat-bakat anak tempatan kita ni.selain tu boleh promote sector tourism negara kita ni.haaa betul tak???.Datuk seri Najib saya sangat seronok sekiranya pihak kerajaan dapat anjurkan festival graffiti macam dekat German tu.Bukan saya je..Belia-belia yang bergiat dalam seni graffiti tu lagila dorang suka..

P/s: cuma pandangan dua posen ReGreat(-u-)

No comments: