Tuesday, 26 March 2013

Jangan Buruk Sangka

Kali ni Regreat nak menyentuh pasal buruk sangka...Kita sebagai masyarakat Melayu memang tak lari dari bersangka buruk..Huhu..bukan apa Regreat rasa sedih tengok orang Melayu kita ni yang acapkali seronok menyelak keaiban orang.
.Bukanla semua Melayu begitu.Tapi disebabkan segelintir Melayu kita ni yang sungguh ringan mulut mereka untuk berkata di belakang seseorang mengenai perihal keburukannya.adalah sesuatu yang tidak patut.Walhal orang yang menjadi mangsa umpatan selalunya lagi baik daripada orang yang mengumpat.Sebab apa jadi macam ini...Sebab adanya rasa tak puas hati dan dengki..Ada sesetengah orang Melayu seronok main cantas mencantas.Seronok melihat bangsa sendiri jatuh...Bila direnungkan semula adalah lebih baiklah pengumpat tadi gunakan masa mengumpat untuk pekara yang lebih bermanfaat..Gunakan masa untuk memperbaiki diri sendiri.Senang cerita upgrade diri kita ni menjadi lebih baik dari sebelumnya..Jadila bangsa yang berdaya saing.Bukan jadi individu kaki kipas kaki umpat kaki cantas.Ingatlah bila mengumpat tu ibarat makan daging saudara kita sendiri.So patutla rasa jijik untuk mengumpat.

P/s: sekadar pandangn dua posen Regreat je.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

KY said...

kerana mulut badan binasakan?

feelwithart said...

yer betul tu(-U-)
Buat hal sendiri sudeh...