Saturday, 27 April 2013

Jalankan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi.

Pada 05.05.2013 ini seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun keatas akan mengundi pada tarikh tersebut.Salah seorang daripada rakyat tersebut adalah ReGreat..hee..Regreat rasa seronok sangat al-maklumla kali pertama nak mengundi ni.ReGreat nak undi parti apa tak boleh bagitaula.Rahsia...shhh!!!..tapi paling penting setiap undi kita bakal menentukan masa depan negara kita.Korang semua perlu tahu apabila kita salah memilih parti yang bakal membentuk keraajaan baru..Boleh rosak ekonomi negara kita.ReGreat ada belajar basic economic.pendapatan(income) negara kita ni antaranya dipengaruhi oleh investment,government spending,import dan juga export...Jadi sebagai rakyat please tengok parti yang mana boleh menjana pendapatan negara bila kerajaan baru digubal nanti.Kita jangan fikir nak murah tu nak murah barang ni.Kita perlu berfikir secara bijaksana kalau negara kita ni tak ada sumber untuk menjana pendapatan.Pengurusan negara tak dapat dijalankan dengan sempurna.Belajarlah daripada negara lain seperti Greece yang lingkup disebabkan pengurusan kewangan kerajaan yang tak betul.Kita perlu sedar negara kita ni antara negara yang mempunyai kadar pengangguran yang rendah.Kadar pengangguran yang rendah dipengaruhi oleh ekonomi yang baik.Kita perlu berfikir secara waras undian memainkan peranan bukan sahaja dari ekonomi negara bahkan juga dalam menggubal sesuatu undang-undang baru.Manifesto setiap parti perlu diteliti bagus ke aku undi untuk parti ni.Terlindung ke hak aku sebagai rakyat Malaysia?.Selepas tu,dari segi usahawan-usahawan di Malaysia ni adakah keistimewaan yang dinikmati oleh usahawan sedia ada ini akan terus dinikmati sekiranya mengundi parti yang salah.Ingatlah manusia selalunya cuna tahu benda yang salah tapi tak pernah sedar kebaikan yang dilakukan sesuatu kerajaan itu.Sekiranya rakyat Malaysia ini belajar tentang sejarah seperti pergolakan di Libya dulu sehingga berakhirnya kerajaan pimpinan Muaamar Ghadafi dengan terbunuhnya pemimpin tersebut.Tapi lihatlah kini adakah negara itu aman sekarang?Sekiranya kita lihat dengan akal dan fikiran.Kononnya kebangkitan rakyat negara Libya itu dapat mengubah nasib mereka dengan kepimpinan baru...Tapi tak kemanapun..masih juga bergolak...Jadi mana-mana rakyat Malaysia yang suka sangat nak mengganas.Sudah-sudahla yer keganasan tak menjamin keamanan.Lihatlah negara-negara Islam yang digulingkan.Adakah semuanya aman?Korang perlu ingat setiap keputusan yang korang lakukan sekarang ni bakal memberi kesan kepada anak,cucu cicit piat dan piut korang pada masa akan datang.Jangan ikut perasaan je...
Alamak dah jauh Regreat melalut ni.Tapi apa yang ReGreat nak cuba sampaikan pilihan rakyat janganla berdasarkan emosi tapi berdasarkan kebijaksanaan dan melalui hati budi.Jangan mudah untuk mendengar dan terus serap semua idea dan juga info yang kita dapat tanpa kita selidiki sedalamnya...Fikirkanlah...
Ini Cuma pandangan dari ReGreat sebagai seorang mahasiswa.
Akhir kata selamat mengundi buat seluruh rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas(-U-)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: