Sunday, 12 May 2013

Keamanan Tidak Mampu Dibeli.

Pada entry kali ini ReGreat ingin menyentuh tentang keamanan.Dalam entry kali ini mungkin ada rasa kecewa,rasa sedih paling penting takut.Iyela semenjak dua menjak ni.Negara kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa.Peristiwa berlakunya tunjuk perasaan,bergaduh tu bergaduh ni,paling penting peristiwa berdarah di Lahad Datu.Cuba kita fikir bagaimana perajurit kita sanggup membayar nyawa mereka untuk mempertahankan negara Malaysia ini.ReGreat cintakan keamanan dan ReGreat sangat yakin bagi orang yang waras semuanya cintakan keamanan,ekonomi yang baik tiada pergaduhan dan pertelingkahan.Rasanya tak perlu ReGreat menyentuh apa yang terjadi pada masa kini di Malaysia.Sebenarnya keamanan negara itu bukan sahaja datangnya dari pucuk pimpinan.Tapi datangnya juga dari peringkat akar umbi.ReGreat tak mahu negara kita ini menjadi negara yang berebut kuasa seperti apa yang berlaku di negara Timur tengah dan juga apa yang telah berlaku pada zaman keruntuhan Negara Islam dahulu.Bukalah minda lapangkan dada.Keamanan yang kita kecapi kini pernah dibayar dengan darah dan pengorbanan nenek moyang kita dahulu.Bagi yang masih muda belia dan sebaya dengan ReGreat rasanya tidak perlu mengikut perasaan dalam mencetuskan sentimen perkauman dan menyalakan api pergaduhan.Janganlah pula ada manusia yang menjadi api dalam sekam.Bagi yang sudah berumur dan banyak makan asam garam.Sepatutny golongan ini membimbing golongan. muda kejalan yang dapat meningkatkan daya saing dan mutu pemikiran golongan muda ini.Bukannya meracuni pemikiran mereka.Kehidupan ini diibaratkan sebagai satu seni.Sekiranya seorang karyawan itu melakukan sesuatu seni itu dengan jiwa dan raganya sudah pasti hasil seni yang tercipta menjadi sesuatu yang agung.Begitu juga dengan Negara kita Malaysia yang tercinta ini.Janganlah dihancurkan apa yang telah kita bina.Tambahan pula kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya menjadi rakyat yang bersyukur kerana lahir di bumi bertuah ini.ReGreat pernah terbaca satu buku,tapi ReGreat dah lupa tajuknya.Penulis buku tersebut mengatakan pekerja buruh indonesia yang datang berkerja di Malaysia menyatakan Malaysia sebagai lubuk duit.(Malaysia ini sepak kanan duit,sepak kiri pun duit).Jadi ini membuktikan bahawa ekonomi Malaysia telah merubah kehidupan Rakyat Malaysia.Ayah ReGreat pernah cerita kalau 40tahun dulu orang Melayu nak berkereta jarang..kalau ada pun DO(district officer a.k.a pegawai daerah) je.hahh tapi sekarang ada seorang kenalan Regreat dia pekerja majlis daerah sebagai pengutip sampah.dia boleh pakai kereta.Jadi sekarang. regreat nak tunjukkan sebenarnya kuasa Membeli rakyat Malaysia dah bertambah baik.Rakyat malaysia patut sedar dah lebih separuh abad Malaysia ini merdeka.Rakyat Malaysia perlu ingat terutamanya orang Melayu.Melayu pernah menjadi suatu bangsa yang hebat pada waktu dahulu tak mahu ke kalian semua yang berdarah Melayu ini mengulangi kejayaan yang pernah dikecapi satu ketika dahulu?Mungkin ada yang berkata kau cakap senangla.Tapi tiada apa yang mustahil.Bagi manusia yang sukakan pergaduhan sukakan pertelingkahan hingga memecahkan belahkan silaturahim terutamany hubungan antara muslimin cukupla.hentikanla.Islam tak ajar umatnya bertelingkah dan menumpahkan darah.Tapi mengajar umatnya menjadi bangsa yang sentiasa berubah menjadi lebih baik.Diakhir tulisan ReGreat ini, jadilah bangsa yang berpegang dengan prinsip hari ini lebih baik dari semalam dan semalam esok adalah lebih baik daripada hari ini.
p/s:I love Malaysia (-U-)
PEACE.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: